SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN, SENDAYAN
17 Mei 2026 | Aktiviti Terkini17 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti jemputan bagi Pembukaan Reruai NADI Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di d’tempat Sendayan, Negeri Sembilan. Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 15 – 17 Mei 2026.
Program Hari Belia Negara ini memberi peluang kepada komuniti dan golongan belia mengenali peranan NADI melalui penyertaan reruai pameran. Pengunjung diperkenalkan dengan 5 teras perkhidmatan pintar nadi iaitu kesejahteraan kendiri, keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kempen internet selamat (kesedaran) dan inisiatif kerajaan. Program ini membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang manfaat teknologi dan perkhidmatan digital dalam kehidupan harian.
Selain itu, pihak NADI turut membuka pendaftaran ahli baharu serta memperkenalkan aplikasi Nexus kepada pengunjung. Aplikasi ini digunakan untuk menjalankan speed test bagi membantu mengenal pasti masalah capaian data awam (syarikat telco) di kawasan tertentu. Kempen Internet Selamat juga dijalankan bagi memberi pendedahan tentang penggunaan internet secara bijak, selamat dan bertanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: